Sunday, November 7, 2010

skodeng: kebenaran yang nakal

Hari ini aku rasa bangga atas kejayaan produksi enjitsemut kerana memenangi filem terbaik dalam kl48hourfilm yang dilangsungkan di aswara. tajuk filem itu ialah, skodeng: kebenaran yang nakal. pegi miami? dapat 9 handycam? wow. apalah yang diorang rasakan? confirm rasa macam baru baik berkhatan setelah seminggu tidak dapat keluar rumah gara-gara takut langkah tahi ayam, takut bentan. perghhh. dapat 9 handycam, pegi miami pulak tu. wow. ahli produksi terdiri dari fasyali, hafiz dan yang lain aku tidak kenal sangat. apa yang membanggakan aku lagi, mereka merupakan pelajar fakulti teknologi kreatif dan artistik, uitm puncak perdana.

Filem yang mereka sampaikan memang bagus apatah lagi menyelitkan isu-isu semasa yang berlaku dikalangan masyarakat sekarang. skodeng, berzina, menipu, semua diselitkan dalam filem ini. story line dia juga bagus. selain itu, mereka juga hanya menggunakan handycam dan dslr sahaja untuk merekod filem ini. sangat superb bai. kalah superman ketika membantu orang ramai dalam kesusahan.

Mereka akan mewakili malaysia bertanding ke festival film di miami. aku harap kejayaan dibawa oleh bro syali and the geng. congrats once again brotha. di miami boleh nyanyi lagu, i'm in miami beach. yeahhh...


boleh ke website, http://satoo.tv/ untuk menonton filem skodeng: kebenaran yang nakal.

pesan bro fasyali dekat aku,

fasyali: "join apa2 projek dari sekarang. aku dah buktikan sumthing
aku cabar ko pulak untuk cari potensi diri kau yang sebenar"

aku: "baik bro"

No comments:

Post a Comment