Saturday, November 20, 2010

adab kau ok bro?

Semalam aku lepak dengan kawan aku bincang pasal adab-adab manusia. banyak yang kami kisahkan, kebanyakannya apa yang ada di depan mata kita je la. contoh rakan sorang ni yang berduit tapi adab terhadap golongan yang sederhana atau golongan tidak berpengaruh tidak ada langsung. #macamcibailalu. mereka ingat dengan ada duit mereka tidak perlu hormat terhadap orang tidak berduit atau sederhana. tindakan itu benar-benar jengkel dan muak aku tengok. kadang-kadang kita nak tegur, tapi malu la. kalau aku gangsta sudah lama ku tetak pipinya lalu dibuat sambal tumis.


Bukan apa rakan, kita hidup sesama insan perlulah hormat antara satu sama yang lain. jika tidak perlu keluarkan perkataan mampos laaaa, maka jangan keluarkan. tidak baik ya saudara sebelah sana tu. #macamcibailalu. tapi bak kata orang baik mendiam dari berkata-kata. maka aku mengambil jalan menulis blog ini untuk menunjukkan rasa marah aku terhadap kau saudara disebelah sana tu. harap mereka yang tidak hormat orang lain hormatlah sebelum kehormatan kami terhadap saudara hilang musnah dilanda sengsara. ecehhhhhh. ciaoooo! apa guna langsi kalau diri umpama lidi je sebenarnya.

Sunday, November 7, 2010

skodeng: kebenaran yang nakal

Hari ini aku rasa bangga atas kejayaan produksi enjitsemut kerana memenangi filem terbaik dalam kl48hourfilm yang dilangsungkan di aswara. tajuk filem itu ialah, skodeng: kebenaran yang nakal. pegi miami? dapat 9 handycam? wow. apalah yang diorang rasakan? confirm rasa macam baru baik berkhatan setelah seminggu tidak dapat keluar rumah gara-gara takut langkah tahi ayam, takut bentan. perghhh. dapat 9 handycam, pegi miami pulak tu. wow. ahli produksi terdiri dari fasyali, hafiz dan yang lain aku tidak kenal sangat. apa yang membanggakan aku lagi, mereka merupakan pelajar fakulti teknologi kreatif dan artistik, uitm puncak perdana.

Filem yang mereka sampaikan memang bagus apatah lagi menyelitkan isu-isu semasa yang berlaku dikalangan masyarakat sekarang. skodeng, berzina, menipu, semua diselitkan dalam filem ini. story line dia juga bagus. selain itu, mereka juga hanya menggunakan handycam dan dslr sahaja untuk merekod filem ini. sangat superb bai. kalah superman ketika membantu orang ramai dalam kesusahan.

Mereka akan mewakili malaysia bertanding ke festival film di miami. aku harap kejayaan dibawa oleh bro syali and the geng. congrats once again brotha. di miami boleh nyanyi lagu, i'm in miami beach. yeahhh...


boleh ke website, http://satoo.tv/ untuk menonton filem skodeng: kebenaran yang nakal.

pesan bro fasyali dekat aku,

fasyali: "join apa2 projek dari sekarang. aku dah buktikan sumthing
aku cabar ko pulak untuk cari potensi diri kau yang sebenar"

aku: "baik bro"

Saturday, November 6, 2010

from nothing to be something

Hari ini, first day aku join teater natrah di istana budaya. tak mengapa. memang watak kecil sahaja, tapi semangat mahu ada. bak kata orang sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit kan? ecehhh. pada hari pertama semuanya berjalan lancar. semua artis ternama ada berlakon untuk jayakan teater itu. misalnya maya karin, erma fatimah, ziela jalil, liyana jasmay, umie aida, dan banyak lagi. bangga giler dapat kerja dengan nama-nama besar. rasa macam minum kopi di lautan hindi bersama aishwarya rai rasanya. macam wowwwwww sedappppp. perghhh... harap-harap la one day jadi somebody, paling busuk pon jadi obama dah okay dah. amin. okay? ciaoooo brotha and sista.



Thursday, November 4, 2010

bintang-bintang di langit

Pagi tadi dalam pukul 1 lebih aku dan rakan-rakan ke bagan lalang beach. aku merasakan air surut seperti hari biasa. akan tetapi air pasang pada malam itu. aku rasa takut akan deruan ombak yang aku dengar seperti dalam cerita 2012. tapi aku beranikan diri untuk menghampiri pantai itu. anginnya sangat kencang. rambut aku ditiup angin itu ala-ala muzik video faizal tahir.
Justify Full
Rakan-rakan yang lain melakukan aktiviti hariannya seperti hisap rokok, tarik nafas dan hembuskan. indah atau terbang? mestilah indah. mereka kelihatan gembira, aku pon gembiralah bersama sambil memegang puntung rokok jenama pall mall. mierol panggil aku untuk baring ditepi pantai dan pandang ke langit ala-ala movie twilight lakonan robert pattinson. kami bukan gay, cuma kawan. wow. sungguh indah kerana terasa badan aku terapung di laut dengan ditemani bintang-bintang di langit dan angin laut yang sangat sangat sangat amazing. such a beautiful moment. inilah kuasaNya yang tidak terperi. sungguh tenang aku rasa pada malam itu sambil mendengar lagu like a song nyanyian lenka.

Apabila ketenangan sudah ada, apa lagi bisa aku buat. hanya mampu hayunkan kaki ke sana (kereta) dan pulang ke rumah dengan ditemani ketenangan ala-ala baru dapat couple dengan bella swan setelah beberapa kali cinta ditolak. omong-omongnya bunyi kosong tapi perlu kau hayati untuk rasa ketenangannya. ecehhhhh. permisi dong.

Monday, November 1, 2010

mamak, kenapa kau harus ada?


Oh mamak, kenapa kau harus ada?
kau sentiasa buat perut aku gundah gulana,
bila aku jejak di mama kandar,
penangan roti canai sekeping dua harus aku pekena,
bukan tak makan, bukan aku lapar,
cuma entah kenapa, roti canai harusku pekena,
aku hentam maggi, aku hentam nasi kandar,
oh aku semakin buncit tidak terkata,
oh buncit, kau buat aku segan untuk ketemu rihana,
oh tidak, oh tidak aku kata!

Oh mamak, kenapa kau harus ada?
kehadiranmu membuatkan aku leka,
perutku tidak aku jaga,
teh tarik, teh goncang, semua aku pekena,
tidakku hirau walaupun hari sudah senja,
tetap juga menikmati sekawan kopi bersama,
beginilah cerita anak remaja,
sudah buncit baru menyesal tidak terkata,
aku harus berjaga-jaga,
sebelum perutku jadi seperti perempuan berbadan dua,
nanti hai hai hai pusing kepala,

Oh mamak, kenapa kau harus ada?
bila menahan air liur melihat rakan terliur seketika,
hendak aku tahan enggak bisa,
kerna nafsu aku memakan jiwa,
eceh aku berkata,
sudahla sudahla, sampai bila kau harus ada?