Thursday, December 30, 2010

CINTA


video
saksikanlah wahai sang pencinta. cewahh haha

Harimau Malaya baham Garuda

nonton final 1st leg di bkt. jalil bareng temen-temen

Harimau Malaya

khairul fahmi che mat


Tahniah diucapkan kepada pasukan negara kita dibawah bimbingan K. Rajagopal yang menjuarai aff suzuki cup 2010 malam tadi di Gelora Bung Karno. kejayaan ini sangat membanggakan kita apabila kita menumpaskan timnas Indonesia dengan agregate 4-2 memihak kepada Harimau Malaya.

Aku dengan bangganya memberi sorokan pada malam itu bersama rakan2 lain di mama kandar tanpa rasa segan silu seperti mama kandar milik kami. Arghhh biarkan orang kata apa janji kami semua bangga menyokong barisan negara kita. pada malam itu, rakan2 lama juga turut hadir seperti ariff, too phat, amir izwan dan junior2 juga turut menyokong timnas Malaysia. gembira sungguh.

Pada malam tadi aku memakai jersey Harimau Malaya, rasa bangga didadaku seperti berjalan bersama Vanessa Hudgens selepas dia putus cinta bersama Zac Efron. Addin Tarantino juga turut membawa laser dan menlaser skrin besar di mama kandar lalu ditegur kasar oleh seorang pak cik yang agak kurang sedap ayatnya. "jangan main, kena lempang kang". lalu kami berkata, "amboi garang sudah". kami pun terus tak main. harapan kecewa.

Aku bangga dengan goal keeper negara, khairul fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti oleh pemain Indonesia. khairul fahmi beraksi sangat cemerlang malam tadi seperti buffon penjaga gol italy. bagus anak kelate sorang ni. teruja juga apabila kelihatan di skrin Luna Maya, manohara turut hadir sokong timnas Indonesia walaupun diserabuti pelbagai kontroversi. semangat mereka dapat dirasa.

Apabila safee sali menjaringkan gol, kami sangat gembira tidak terkata dan kami nyanyi bersama. woooooo lega rasanya didalam jiwa bagai baru menghabiskan peperiksaan spm. apabila Indonesia menjaringkan 2 gol, aku seperti tidak gelisah kerana aku yakin Malaysia pasti juara. macam iklan milo tu. selepas habis perlawanan kami tepuk tangan, berpeluk sesama sendiri. semua kelihatan puas. Harimau Malaya lazuttt.

:: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tuesday, December 21, 2010

sabar

Banyak aku jumpa dalam hidup. yang sedih, yang bising, yang tak baik, yang sempurna, yang tak sempurna. namun ubatnya bukan beli di klinik. senang je ubatnya kawan-kawan dan saudara-saudara. kesabaran ubatnya.

Biarlah mereka dengan dunia mereka yang tidak sabar, kita dengan dunia kesabaran kita ini, teruskan. dugaan. kerna ada yang belum sabar juga. macam aku juga. aku juga kadang-kadang tak sabar. contohnya bila nak teh ais dekat kedai mamak, kalau lambat aku dah bising macam aku PM. tapi bila aku tengok orang di janda baik, anak-anak kecil kerja angkat sayur berat-berat jalan kaki je. tapi mereka masih senyum ikhlas dekat aku. ikhlas, sabar nampak dalam hati mereka. terharu siak.

Bila berkawan, kalau ada yang amik kesempatan, sabar juga diperlukan. kerna yang di ATAS, sedang menduga kita berapa tingginya kesabaran dan keikhlasan kita untuk berkawan dengan mereka. tetapi bila sudah di cerca, dihina, ayuh angkat kaki, kita lari dari dosa. mengaku kalah.

itulah hidup, kesabaran amat diperlukan. take care everyone.