Saturday, October 30, 2010

productive day

Lepas broga hill, petang tu je aku terus pergi ke kk lakeside dengan azharn dan adzmy. aku tak rasa penat kerna aku ada semangat dalam jiwa yang ala-ala dj tiesto ketika hendak meningkat naik sebagai the best dj in the world. just keep the faith. aku main kayak dengan azharn. mula-mula rasa gementar dalam jiwa ini, macam orang nak kahwin tu. tapi aku relax. azharn nampak gelabah kerna dia duduk dibahagian depan. kami hayun stick itu dengan penuh rasa bangga kerana kami anak malaysia yang bisa main kayak pada waktu petang. aku dan azharn gembira. adzmy dan haikal tidak gembira aku lihat. terpaksa melihat kami dari tebing tasik sambil kami melambai-lambai tangan seperti miss world dari brazil kepada mereka.

Ohhhh sungguh tenang bila aku lihat awan berwarna oren menunjukkan waktu sudah senja. sungguh besar kekuasaanNYA. tenang aku rasa seperti dato k dapat menikahi siti nurhaliza penyanyi nombor satu negara itu. aku berkata dekat azharn, aku: jom la, abang tu dah usha-usha tu. azharn: mari. aku gembira azharn dengar nasihat orang yang dah tua. sekurang-kurangnya kami mendapat satu nilai moral dalam aktiviti petang ini. nilainya ialah tolak ansur. tolak ansur sesama manusia sangat penting kawan-kawan semua. what a productive day that i had. lazuttttttt. tarik nafas lega.

we made it

Tadi pagi lepas balik mama kandar, njmy aymn ajak ke broga hill gara-gara nak tangkap gambar. gambar apa dia nak tangkap aku pon tak tahu. aku layan sebab aku kan kawan dia. kalau aku tak layan siapa nak layan kan? buat-buat tidur dulu kasi dia kecewa, lepas tu langkah terus bermula bawanya ke broga bersama izzat razin bertolak pada pukul 4.30 a.m dan tiba di broga hill pukul 5.20 a.m. siap tanpa warm up naik terus ke broga. that's what we call rock without hesitation. pekena red bull dulu, baru ada energy.

Dalam perjalanan seawal pagi, bukan sahaja gelap malah licin pula. alahai. tapi kami maintain cool ala-ala band dari jepun. band rain juniors. kisah bermula aku sakit perut, dah sakit perut dalam perjalanan. apa lagi, jangan lah malu kerna maruah tergadai disebabkan sakit perut. tapi aku tak kisah. shhhhhh. okay selesai. ehem ehem. lega. sampai di pucak broga hill, ramai yang telah berada di atas. hafizi kamal dan rakan unisel turut terlibat aktiviti tak tidur panjat bukit. gerek seh? tangkap gambar, tarik nafas panjang, dan hisap rokok ala-ala johny jepp dalam film blow. hisap hisap dan teruskan hembus ala-ala cik mat poi seperti dalam tv show ac sempoi.

Terharu dan bangga apabila seorang wanita bertelkung solat subuh di puncak bukit broga. bagaimana aku? jelas menunjukkan dimana-mana boleh solat. terasa diri ini bodoh dan hina. kenapa kenapa kenapa? kami tidak dapat menyaksikan matahari terbenam kerana cuaca mendung tapi aku suka view dari puncak kerana tenang dan sejuk. betapa maha esaNYA, kasihNYA kepada aku masih beri ketenangan kepada hamba yang hina ini. Allahuakbar...

Pukul 10 lebih tiba di kota kemuning dan breakfast bersama njmy aymn dan izzat razin. malangnya hafizi kamal tidak join. hampeh duko laro hati ini deh. salam broga hill. it's good in broga hill.

Friday, October 29, 2010

life must go on

Hari ini aku bangun pukul 12.30 p.m, itu pun sebab ada call dari rakan. tapi aku masih tak bangun. terdampar dekat katil sambil layan facebook. relax dan tenang. nak tonton wayang tapi tak bisa lakukan kerna tiada teman. dila patut temankan, tapi kerna ada hal dengan kawannya. tak jadi la tonton wayang. call azam, me: "bro nak movie boleh, nanti aku datang?" azam: "datang la, dah sampai text". apa lagi siap pegi rumah dia dapatkan movie blow lakonan johny depp, lazuttt mamat tu berlakon.

Balik aku layan twitter, dapat information boy friend rakan meninggal, aku call rakan dapatkan berita. benar la berita tu, boy friend rakan meninggal di australia. rakan dalam sedih kita layan la dengan baik. bawak pegi makan cendol di shah alam dengan rakan lain. rakan aku yang rasa kehilangan dapat lihat wajah tak gumbira. try buat rakan gembira. percubaan berjaya tapi mungkin bukan tahap maksima. tapi aku cuba. ecehhhh. hehe. lepas tu bawak rakan-rakan pegi sacc nak lihat kasut. layan kan saja baa. rakan-rakan kan, apadahal. aku harap rakan yang kehilangan orang tersayang harus tabah dan kuat semangat. life must go on. lektonang always. 8 p.m sampai rumah. spend time with family. yang lain aku tak nak cerita. privacy. ecehh lagi sekali. bye.

Thursday, October 28, 2010

kembali

Malam ini aku bosan, aku tak tahu nak buat apa, maka aku mulakan kembali perkongsian jalan-jalan aku. hari ini aku baru saja habis paper bel 311, paper itu sangat perit dan tidak senang. rabak aku dalam exam hall tu. plus hidung licking, tapi alhamdulillah sempurna sudah baa. insyaAllah bisa peroleh kemenangan. ecehh.

Sampai je rumah aku rehat lepas tu aku baring lepas tu aku online lepas tu aku pergi mama kandar. best la jugak. tapi warnanya sama ja. bosan tapi ada suasana girang jumpa kawan lama jai ex5. dia ada wawasan aku tengok, suaranya ikhlas tak macam yang...

good night everybody. have a blast.