Saturday, October 30, 2010

productive day

Lepas broga hill, petang tu je aku terus pergi ke kk lakeside dengan azharn dan adzmy. aku tak rasa penat kerna aku ada semangat dalam jiwa yang ala-ala dj tiesto ketika hendak meningkat naik sebagai the best dj in the world. just keep the faith. aku main kayak dengan azharn. mula-mula rasa gementar dalam jiwa ini, macam orang nak kahwin tu. tapi aku relax. azharn nampak gelabah kerna dia duduk dibahagian depan. kami hayun stick itu dengan penuh rasa bangga kerana kami anak malaysia yang bisa main kayak pada waktu petang. aku dan azharn gembira. adzmy dan haikal tidak gembira aku lihat. terpaksa melihat kami dari tebing tasik sambil kami melambai-lambai tangan seperti miss world dari brazil kepada mereka.

Ohhhh sungguh tenang bila aku lihat awan berwarna oren menunjukkan waktu sudah senja. sungguh besar kekuasaanNYA. tenang aku rasa seperti dato k dapat menikahi siti nurhaliza penyanyi nombor satu negara itu. aku berkata dekat azharn, aku: jom la, abang tu dah usha-usha tu. azharn: mari. aku gembira azharn dengar nasihat orang yang dah tua. sekurang-kurangnya kami mendapat satu nilai moral dalam aktiviti petang ini. nilainya ialah tolak ansur. tolak ansur sesama manusia sangat penting kawan-kawan semua. what a productive day that i had. lazuttttttt. tarik nafas lega.

No comments:

Post a Comment