Saturday, October 30, 2010

we made it

Tadi pagi lepas balik mama kandar, njmy aymn ajak ke broga hill gara-gara nak tangkap gambar. gambar apa dia nak tangkap aku pon tak tahu. aku layan sebab aku kan kawan dia. kalau aku tak layan siapa nak layan kan? buat-buat tidur dulu kasi dia kecewa, lepas tu langkah terus bermula bawanya ke broga bersama izzat razin bertolak pada pukul 4.30 a.m dan tiba di broga hill pukul 5.20 a.m. siap tanpa warm up naik terus ke broga. that's what we call rock without hesitation. pekena red bull dulu, baru ada energy.

Dalam perjalanan seawal pagi, bukan sahaja gelap malah licin pula. alahai. tapi kami maintain cool ala-ala band dari jepun. band rain juniors. kisah bermula aku sakit perut, dah sakit perut dalam perjalanan. apa lagi, jangan lah malu kerna maruah tergadai disebabkan sakit perut. tapi aku tak kisah. shhhhhh. okay selesai. ehem ehem. lega. sampai di pucak broga hill, ramai yang telah berada di atas. hafizi kamal dan rakan unisel turut terlibat aktiviti tak tidur panjat bukit. gerek seh? tangkap gambar, tarik nafas panjang, dan hisap rokok ala-ala johny jepp dalam film blow. hisap hisap dan teruskan hembus ala-ala cik mat poi seperti dalam tv show ac sempoi.

Terharu dan bangga apabila seorang wanita bertelkung solat subuh di puncak bukit broga. bagaimana aku? jelas menunjukkan dimana-mana boleh solat. terasa diri ini bodoh dan hina. kenapa kenapa kenapa? kami tidak dapat menyaksikan matahari terbenam kerana cuaca mendung tapi aku suka view dari puncak kerana tenang dan sejuk. betapa maha esaNYA, kasihNYA kepada aku masih beri ketenangan kepada hamba yang hina ini. Allahuakbar...

Pukul 10 lebih tiba di kota kemuning dan breakfast bersama njmy aymn dan izzat razin. malangnya hafizi kamal tidak join. hampeh duko laro hati ini deh. salam broga hill. it's good in broga hill.

No comments:

Post a Comment