Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya baham Garuda

nonton final 1st leg di bkt. jalil bareng temen-temen

Harimau Malaya

khairul fahmi che mat


Tahniah diucapkan kepada pasukan negara kita dibawah bimbingan K. Rajagopal yang menjuarai aff suzuki cup 2010 malam tadi di Gelora Bung Karno. kejayaan ini sangat membanggakan kita apabila kita menumpaskan timnas Indonesia dengan agregate 4-2 memihak kepada Harimau Malaya.

Aku dengan bangganya memberi sorokan pada malam itu bersama rakan2 lain di mama kandar tanpa rasa segan silu seperti mama kandar milik kami. Arghhh biarkan orang kata apa janji kami semua bangga menyokong barisan negara kita. pada malam itu, rakan2 lama juga turut hadir seperti ariff, too phat, amir izwan dan junior2 juga turut menyokong timnas Malaysia. gembira sungguh.

Pada malam tadi aku memakai jersey Harimau Malaya, rasa bangga didadaku seperti berjalan bersama Vanessa Hudgens selepas dia putus cinta bersama Zac Efron. Addin Tarantino juga turut membawa laser dan menlaser skrin besar di mama kandar lalu ditegur kasar oleh seorang pak cik yang agak kurang sedap ayatnya. "jangan main, kena lempang kang". lalu kami berkata, "amboi garang sudah". kami pun terus tak main. harapan kecewa.

Aku bangga dengan goal keeper negara, khairul fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti oleh pemain Indonesia. khairul fahmi beraksi sangat cemerlang malam tadi seperti buffon penjaga gol italy. bagus anak kelate sorang ni. teruja juga apabila kelihatan di skrin Luna Maya, manohara turut hadir sokong timnas Indonesia walaupun diserabuti pelbagai kontroversi. semangat mereka dapat dirasa.

Apabila safee sali menjaringkan gol, kami sangat gembira tidak terkata dan kami nyanyi bersama. woooooo lega rasanya didalam jiwa bagai baru menghabiskan peperiksaan spm. apabila Indonesia menjaringkan 2 gol, aku seperti tidak gelisah kerana aku yakin Malaysia pasti juara. macam iklan milo tu. selepas habis perlawanan kami tepuk tangan, berpeluk sesama sendiri. semua kelihatan puas. Harimau Malaya lazuttt.

:: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

No comments:

Post a Comment