Tuesday, June 16, 2009

SEKOLAH-Che Det


(kata-kata Tun Mahathir)

1. Seorang tetamu datang berjumpa saya kerana masalah yang dihadapi olehnya. Semasa dia menuju pintu keluar dia berkata, " Saya sedih anak saya yang sedang bersekolah tak tahu langsung sejarah Malaysia."

2. Isterinya yang turut bersama mencelah, "Anak saya tak tahu pun ibukota negeri-negeri. Dulu semasa saya di sekolah saya hafal nama semua ibukota bukan sahaja negeri-negeri di Malaysia, tetapi negara-negara di dunia."

3. Saya baca dalam akhbar bahawa bahasa Inggeris tidak perlu diwajibkan. Jadi apakah yang diwajibkan jika sejarah tak wajib, bahasa Inggeris pun tidak.

4. Seperti bapa dan ibu yang kecewa dengan ilmu yang dipelajari oleh anak mereka, saya juga kecewa dengan desakan supaya dipermudah lagi perolehan sijil sekolah.

5. Jika sijil sudah begitu mudah diperolehi ia tidak akan dihargai lagi, tidak akan berguna untuk dapat kerja dan tak berguna untuk meneruskan pelajaran lebih tinggi juga.

6. Kalau sudah tak berguna, apa perlunya adakan sekolah dan sijil.

No comments:

Post a Comment